𝙋𝙀𝙉𝙔𝙀𝙍𝘼𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙐𝙍𝙉𝙄𝘼𝘼𝙉 𝘿𝙔𝘼𝙈 𝙏𝙐𝙉𝙆𝙐 𝙈𝘼𝙃𝙆𝙊𝙏𝘼 𝙅𝙊𝙃𝙊𝙍 𝘽𝘼𝙂𝙄 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 𝙎𝙀𝙂𝘼𝙈𝘼𝙏
YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bulan September bertempat di Mukim Sg. Segamat dan Jementah.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan keprihatinan serta kasih dan sayang DYAM Tunku Mahkota kepada bangsa Johor khususnya di daerah Segamat.